Salam wrt...Mdh-mudahan kalian semua di rahmati ALLAH

ALHAMDULILLAH,Kali ini BADAR dipanggil untuk ditemuramah tentang isu 'couple' Di Bumi KUIS.,Ana mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada individu yang inginkan pendapat dalam merencanakan pelbagai tindakan..

Pertama sekali,Isu 'COuple' semestinya tidak dapat dielakkan dimana-mana tempat..Kerana APA???saya melihat disini bahawa mahasiswa dan mahasiswi tidak ditekankan 'bahayanya gejala sosial' yabg semakin menular bagaikan virus yang semakin menjadi-jadi.Kerana apa saya berkata begitu???budaya 'COUPLE' iantu percampuran antara lelaki dan perempuan adalah HARAM disisi ISLAM.WAlaupun niat kita baik semata-mata membuat perbincangan tetapi ingatlah pandangan umum akan menimbulkan fitnah."TAKUTLAH KAMU SEMUA JIKA KAMU BENAR-BENAR MUKMIN YANG SEJATI".
INGATLAH

Manusia zaman sekarang memang banyak mempersoalkan akan masalah tetapi tidak cuba mencari cara untuk menyelesaikan masalah.Begitulah lumrah manusia.Disni saya ingin mengariskan beberapa prinsip utama BADAR iaitu kami tidak mahu bermusuhan dalam gerak kerja tetapi kami lebih mahukan kerjasama dari semua pertubuhan di BUMI KUIS agar suasana ISLAM sentiasa terpelihara.Bagaimana caranya???HMM itulah persoalan yang dilontarkan.Mudah saja,saya sedia menerima segala cadangan yang baik,saya mengalu-alukan pertemuan..

Yang Kedua,Berkaitan dengan Isu 'AURAT"..cuba buka semula dalam buku peraturan tatatertib KUIS.a) Pakaian mestilah menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan menurut tuntutan islam.
b) Pakaian mestilah tidak ketat,sendat dan singkat
c) Pakaian mestilah dibuat daripada bahan yang tidak jarang,menampakkan warna kulit dan bentuk badan
d) Tudung labuh mestilah menutup kepala dengan sempurna dan tidak mendedahkan rambut,leher dada dan bahu
KENAPA muslimin selalu menekankan tentang aurat perempuan??saya menjelaskan bahawa punca berlakunya gejala sosial ini adalah pendedahan aurat yang semakin melampau-lampau.Maaf saya mengatakan begitu,tetapi ini hakikatnya dan realiti.Jika perempuan tidak memulakan dulu maka gejala sosial tidak akan terjadi.Betul x?
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya)...”.

APA TINDAKANNYA??

SEJAJAR dengan tema 'SIFAR MAKSIAT' Di KUIS,BADAR bersama HAWA bekerjasama dengan MPM (AMAR dan HELWANI) akan menggerakkan operasi mencegah maksiat.ANtaranya 'OPS COUPLE' dan 'OPS AURAT'.

Segala cadangan penambahbaikkan amat dialukan-alaukan.

SEKIAN WASSALAM.