Saban hari,banyak masalah yang timbul antaranya isu berkaitan couple.Dalam Peraturan Tatatertib Pelajar-Pelajar KUIS telah mengariskan :-
a) Sebarang pertemuan,temujanji dan berpasangan diantara bukan mahram dikawasan tertutup atau terbuka adalalah dilarang dalam syariat islam kerana menimbulkan syak wasangka.- sebarang pertemuan di kafe,asrama adalah dilarang sama sekali
b) Pelajar dilarang bersekedudukan atau mengunjungi kediaman bukan mahram.

Isu seterusnya adalah aurat bagi perempuan.
a) Pakaian mestilah menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan menurut tuntutan islam.
b) Pakaian mestilah tidak ketat,sendat dan singkat
c) Pakaian mestilah dibuat daripada bahan yang tidak jarang,menampakkan warna kulit dan bentuk badan
d) Tudung labuh mestilah menutup kepala dengan sempurna dan tidak mendedahkan rambut,leher dada dan bahu.

Dengan ini,BADAR menyarankan kepada semua mahasiswa/mahasiswi supaya patuh dengan peraturan KUIS yang sedia ada bagi menjaga suasana 'BI'AH SOLEHAH'.

Berkaitan dengan percampuran antara lelaki dan perempuan dalam sesi perbincangan di kafe adalah tidak dibenarkan dan salah disisi peraturan.Kerana APA????Walaupun niat kita baik,tetapi pandangan umum akan menimbulkan pelbagai fitnah serta mendatangkan mudarat besar..

Sekian Wassalam